Ada 1 hari tu ternampak lah cite ttg kebaikan air lemon ni so lps kita google sana sikit,sini sikit,kita dapati yg air lemon suam ni mmg byk khasiatnya. So,kita mesti nak try dan nak amalkan.So,tadi kita beli lah lemon kat Giant tu.Ada 6 biji dlm tu.Dlm RM8.Pastu kita beli tmpt perah sekali lah.Kalau main perah sendiri,tak byk dpt perah Rugi wo!!Bekas tu RM4 jer.
Kita malas nak perah setiap kali nak minum so awal2 lg,kita perah masuk botol dulu.Nnt awal pgi masa subuh tu nak minum,senang lah.Takut mata separuh buka,kita gi perah bawang lak,kan?
So,dlm botol kecil tu ada 2 1/2 biji perahan lemon.Tak nak campur madu ke apalah,bg betul2 asli lemon.Rasa? I LOVE!! My favorite mmg masam2 sikit so best lah.I likey!! Khasiat dia,kita copy paste dr apa yg kita google je lah sbb malas lah nak tulis balik sbb dah sah2 kita tau kebaikan dia pun dr internet,kan? Ni,kita 'curi' dr blog org lain.Heehee!! Kita bkn nak jual lemon ke apa,sekadar share benda baik kat org ramai,harap tuan punya blog bila ternampak sama je dia punya kata2....sorry!Gomen nasai!!
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantumenghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Tu dia khasiatnya!Best,kan?Jom minum!! ;)